Pengenalan Sistem eKelas, Darjah 6

28 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

eKelas untuk sesi 2020 kembali lagi untuk tahun 2020. Kali ini live tutorial akan diadakan pada hari tertentu sahaja. eKelas adalah sebuah merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Fokusnya adalah pada tiga subjek - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5.

Pada sesi kali ini, pelajar baru akan melalui proses pengenalan eKelas. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengajar pelajar eKelas yang baru ini mengenai cara menggunakan portal tersebut. Pada masa yang sama, eKelas akan membantu pelajar untuk menimba ilmu di luar masa sekolah serta menambah ilmu pengetahuan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali